Tuesday, January 25, 2011

Masa Itu Emas


Hidup ini terlalu singkat untuk tidak berbuat apa-apa. Terlalu berharga masa itu untuk dibiarkan berlalu begitu sahaja. Tanpa ada pengisian yang bermanfaat. Tanpa hala tuju yang pasti. Terlalu rugi rasanya untuk membuang masa, untuk bergoyang kaki bersenang lenang dan mengharapkan agar ada keajaiban yang akan berlaku. Tidak mungkin semudah seperti yang di angan-angankan. Kepuasan dan ketenangan hati akan timbul jika setiap masa di isi dengan baik. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok bakal menjadi lebih baik. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment